Rawatan Alternatif

RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Rawatan Alternatif bagi :-

-Membersih Dan Menyucikan Hati.
-Rawatan Pemulihan Dadah.
-Gangguan Saka.
-Terkena Sihir.
-Pulih Rumah.
-Pulih Kedai.
-Masalah Kecurangan Suami -Isteri.
-Rawatan Terkena Santau.
-Berbagai Masalah Terkena Ilmu Hitam.
-Sakit Misteri & Sebagainya.

Persediaan Rawatan:
Pesakit dikehendaki menyediakan sepasang pakaian (baju dan seluar atau kain) yang telah dipakai dan diperbuat dari kain kapas atau kain yang bila dibakar tidak bergetah. Baju ini akan dibakar pada awal rawatan atas sebab tertentu. (Hanya akan dijelaskan bila pesakit mendapatkan rawatan)

Pesakit hendaklah bersih dari hadas besar ketika rawatan kerana perlu untuk membaca surah Al-Fatehah.

Pesakit wanita hendaklah ditemani suami atau muhrimnya.

Kaedah Rawatan:

  • Membersih dan Menyucikan hati.
  • Mandi rawatan - Masa terbaik adalah pada malam jumaat.
  • Pesakit akan dibimbing untuk memohon terus kepada Allah Taala semasa rawatan dengan mengikut bacaan yang dibaca oleh pengendali.
  • Rawatan menggunakan Ilmu Haq.
  • Tiada unsur khurafat, penggunaan khadam dan jin.
  • Cara rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah islam.
  • Khidmat nasihat percuma selepas rawatan. Pesakit dikehendaki terus berhubung dengan perawat untuk tujuan tersebut.
  • Boleh mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa yang benar-benar berhajat.

Bayaran Rawatan:
Sila berhubung terus dengan kami untuk berunding tentang bayaran rawatan. Ianya juga bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis penyakit.

Bahan-bahan Untuk Rawatan:
  • 21 botol minyak attar kasturi,
  • 21 biji limau nipis,
  • 21 kuntum bunga kenanga,
  • Bahan lain mengikut keperluan pesakit.
Bahan-bahan ini akan kami akan sediakan, pesakit atau keluarga pesakit tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.


Lain-lain maklumat:
Rawatan adalah untuk membersihkan hati kerana segala penyakit berpunca dari hati yang tidak bersih. Allah turunkan malaikat untuk membuang kekotoran dalam hati Nabi Muhammad s.a.w mengikut cerita sejarah, maka inilah caranya untuk kita membersihkan hati.

Rawatan ini akan menimbulkan sifat 20 dalam diri yang selama ini sememangnya telah ada dalam diri tetapi tidak dapat dikendali kerana tidak tahu dan tidak belajar, ianya juga adalah haq diri sendiri.

Doa atau permohonan semasa mandi juga meliputi untuk seluruh ahli keluarga pesakit, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kawan-kawan. Pesakit sendiri yang akan memohon terus kepada Allah Taala dengan kendalian dari pengendali rawatan.

Maklumat lanjut dan temujanji sila hubungi:-
Hassan Ahmad
HP: 016 334 6501
Email: kemakrifatan@gmail.com
Lokasi: Muar, Johor, Malaysia.
http://rawatan-perubatan.blogspot.com

Makna Iblis Dari Pandangan Hakikat Dan Makrifat


1.Jika Allah kita tidak kenal, jikalaulah IBLIS menyamar maka akan tunduk dan patuhlah mereka itu pada IBLIS kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula IBLIS tahu kelemahan anak cucu Adam takut pada Rukun dan Hukum Syariat.

2.Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun solat lima waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu siapakah yang disembahnya………….?

3.Firman Allah surah Al Jin Ayat 06 “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”.

4.Inilah diri manusia yang menipu dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya (muqaddam)  dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF–LAM-MIM.

5.Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan (Alif–Lam–Lam–Ha) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

6.ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM.Dan lantaran ENGKAU (Allah) telah menyesatkan diri saya,pasti saya akan halangi mereka (manusia) ke JALAN YANG LURUS.

7.Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL ALLAH,RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat (AMARAN IBLIS) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

8.Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DITIPUNYA hingga dimurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

9.Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis?

10.Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

Apa itu Iblis(Alif–Ba–Lam–Ya–Shin).
Alif    -    Diri Bagi Zat
Ba     -     Sifat Bagi Zat
Lam   -    Asma’ Bagi Zat
Ya     -    Apaal Bagi Zat
Shin   -    Sirr Bagi Zat

11.Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma ALLAH.Dalam kata yang mudah ialah: IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

12.Manusia cuma pandai mengatakan: Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.

LENYAP HAQ–MENANG YANG BATIL=IBLIS.

13.Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

14.Adapun YA–SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR (Rahsia) yang penuh dengan HIKMAH.

15.Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

16.YA-SIN maksudnya ialah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

Sumber: Foward Email Dari En.Syawal

Kematian Misteri Allahyarham Sudirman

Masih ingat lagi kepada penyanyi terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arsyad? Masih ingat lagi bagaimana Penghibur Nombor Satu Negara ini meninggalkan kita dalam suasana yang misteri?

Pada mulanya keluarga Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk ‘menyembunyikan’ Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan.

Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu.

Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan ‘cute’.

Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh, misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian.

Ini bukanlah kerana tidak menerima kada dan kadar tetapi cuba fikirkan dalam dunia serba moden penyakit misteri masih berlaku dan para pakar perubatan moden masih gagal untuk mengesan penyebab penyakit yang non medic seperti yang terjadi kepada Allahyarham Sudirman. Maka perubatan alternatif adalah jawapan kepada penyakit non medic dan misteri.

Petua-Petua Tradisional 1

MENGESAN KEHADIRAN SIHIR
Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.

Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada kita, amati bunyi desing dalam kepala, jika tiba terasa bunyi berdesing dalaa kepala cepat-cepat baca Auzubillah Bismillah hirrah manirrahim dan surah Al-Fatehah. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.

Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dgn membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh. Tips untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda, jangan memberi kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.

MEMATAHKAN SIHIR
1- Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

2- Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum iar tersebut dan baki 1/4 nya siram air tersebut diatas kepala. Insya-Allah jika sihir yang baru kena akan gugur.

3-Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yang dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jagan diperah dan badan jagan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jagan membuang kain basahan keatas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai dimana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini Insya-Allah sukar terkena sihir/ buatan manusia jahat. Amalan ini juga bagus diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Ini adalah petua menjaga badan sihat hingga ketua. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yg menggetarkan gelombang yg tidak disukai oleh makhluk halus degan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihir , Insya-Allah sihir akan gugur dan tukang sihir berputih mata.

4-Amalkan menbaca surah Al Jin setiap malam.

5-Wirid bismillah 7, sebanyak 3x lepas subuh dan Asar.

7-Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

8-Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan kecuali kawasan kemaluan untuk memagarkan diri.

Jika petua ini menjadi amalan hidup anda segala bentuk sihir tidak dapat menembusi dan jika tukang sihir/pengupah berterusan menyihir anda akan terjadi sihir/santau makan tuan
Selamat beramal utk menjaga roh dan jasad kita dari gangguan syaitan dan syaitan manusia.

Sumber: http://zalpermai.forumotion.com

Kekuatan Dan Kebolehan Jin dan Syaitan.

RATA-RATA manusia beranggapan jin dan syaitan mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa yang mengatasi keupayaan manusia. Anggapan ini adalah salah. Dalam kisah yang terkenal mengenai Nabi Sulaiman (a.s.) membuktikan manusia lebih hebat dari jin Ifrit. Mengapa jin dan syaitan jadi pekerja Nabi Sulaiman (a.s.)?.

Anggapan manusia yang lebih jauh kesilapannya ialah anggapan bahawa jin dan syaitan tahu perkara-perkara yang ghaib, kejadian-kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Inilah yang mendorongkan para pawang, bomoh, tukang tilik bersahabat dengan mereka (jin dan syaitan) dengan tujuan agar mereka (para pawang dan lain-lain itu) dapat melakukan tilikan ramalan yang diperlukan oleh orang ramai.

Jin dan syaitan dapat mengetahui perkara yang telah berlaku, akan berlaku, sedang berlaku dari perbualan para malaikat yang ada di sekitar kawasan di bawah langit pertama dan juga di muka bumi ini. Syaitan Marid tidak boleh naik ke langit lagi sesudah Nabi Muhammad dilahirkan.

Allah SWT berfirman Maksudnya:
”Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka. Dengan itu mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.”
(Surah as-Saaffaat: Ayat 7-8)

Sebenarnya jin dan syaitan tidak tahu yang ghaib, kecuali jin-jin tertentu yang selalu memohon kepada Allah. Kerana itu jin-jin yang menjadi sahabat manusia misalnya, pawang tidak tahu di mana simpulan sihir ditanam.

Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah Sulaiman tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai.

Firman Allah SWTMaksudnya:
”Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”
(Surah Saba’: Ayat 14)

Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya:

1) Jin dihambakan oleh manusia dengan pelbagai suruhan.

2) Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh misalnya, batu atau kacang hijau atau bijian yang telah digoreng.

Tolong menolong antara jin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah SWT. Allah berfirman Maksudnya:

”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ”Wahai sekelian jin! (Syaitan-syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut daripada manusia.” Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: ”Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari akhirat) yang Engkau tentukan bagi kami.” (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-An’aam: Ayat 128)

Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahabatan. Disebut di dalam al-Quran ”Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul, yang buruk diperlihatkan cantik dan sebagainya.

Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas. Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya.

Sumber: http://primanara.blogspot.com

Asal Usul Jin

Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hijr ayat 27 bermaksud:

"Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma"

Dan didalam Surah Ar-Rahman ayat 15 bermaksud :

"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"

Dapatlah disimpulakn bahawa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia dicipta daripada tanah.Oleh itu jelaslah, penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidak dapat diketahui secara tepat berapa tahunkan jarak penciptaan antara kedua makhluk ini.Ibn Basyar Al-Quraisyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah Bin Umar Bin Al-‘As, katanya : Allah mencipta Jin sebelum adam selama dua puluh tahun.

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun.Walaubagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil daripada Al-quran atau hadis Rasulullah S.A.W.Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin.Jin adalah dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada tanah sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 12 bermaksud :

"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

Sumber: http://darussalam.net.my/

Apa itu Saka?

Saka adalah maklud ghaib yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut ia juga dikenali sebagai jin ,syaitan khodam atau berbagai nama mengikut tempat atau keadaan seseorang .

Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu atau mengamalkan sesuatu yang membabitkan makhluk tersebut dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Pada kebiasaannya perjanjian dimenterai antara pemakai dengan makluk tersebut.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, bungkus dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dari mana datangnya saka?
Peninggalan arwah dalam bentok kebendaan atau harta di panggil pusaka tetapi peninggalan arwah dalam keadaan ghaib,ilmu atau kerohanian di panggil saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.

Kesan dari pengaruh saka.
Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka tersebut bagi menyesatkan manusia.

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Situasi yang lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Pada kebiasaannya keadaan ini orang melayu mengelarnya mayat hidup .

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT. Samaada syirik jail khafi atau khafiulkhafi.

Sumber: http://jauharsyifa.my

Older Posts

Rawatan, Perubatan, Persilatan & Kemakrifatan. Powered by Blogger.